Membuat dan menjual Barangan kraf dari kain

FELT dan PVC *

Selasa, 31 Januari 2012



REZEKI HARI RABU


Assalamualaikum,


Hari Rabu...Hari Korikulum sekolah anakku.Pelbagai aktiviti kesatuan diadakan pada ptg hari Rabu.Kali nie Cikgu2 pulak tertarik kat pensil case pelajar2.Apa lg tersebar le nama ManisNyerCraft kat Cikgu2 pulak.

Mula le tempahan dr cikgu2 pulak...anakku 'Nurin' le yg jadi tempat terima tempahan...siannn dia...tp kira okey jugak le...sbb kraf felt nie le..namanya glamour satu sekolah.Ramai cikgu cari dia sbb nak tempah pensil case.

Nie antara tempahan dr cikgu sekolah. Okey le....sapa2 kat luar sana nak buat pensil case @ barangan kraf dari kain felt....contact aje le: 

ManisNyerCraft -019-3176123 
Email: manisnyercraft@gmail.com












Isnin, 30 Januari 2012



TEMPAHAN PERTAMA


Assalamualaikum


Nie saya nak cite sikit pasal tempahan pertama dari kawan2 anak saya.Cam tak caya pulak...ada yg minat nak buat tempahan.


Oitt...cantiknya pensil case Nurin...buat kat mana nie? tu la yg keluar dr mulut kawan2 anak saya bila pertama kali tengok pensil casenya.


Bila depa tau...Ibunya sendiri yg buat....ohhh...berebut2 nak tempahhh... perasaan masa tu...seronoknya... dan bersemangat nak buat.Maklum le ada org hargai hasil kerja tangan kita...mulai saat nie le bermulanya ManisnyerCraft. 


Ok...Nie le antara tempahan pertama.Sapa2 yg berminat nak buat pensil case @ barangan kraf dari kain felt , jgn malu2 utk hubungi:
ManisnyerCraft 019-3176123 
Email: manisnyercraft@gmail.com








Sabtu, 28 Januari 2012



Assalamualaikum


Membuka bicara, secara amnya ManisnyerCraft menjalankan perniagaan handmade craft dari kain felt. Bermula atas permintaan anak perempuan apabila menonton rancangan berkenaan di kaca TV.


Terpesona dengan keindahan warna yang pelbagai, untuk pertama kali nya saya cuba buatkan pensil case untuk anak.Rakan2 anak yang melihat amat tertarik dengan hasilnya, lalu membuat tempahan.



Ini le pensil case yang 
pertama dihasil untuk 
anak perempuan saya


Bermula dari minat dan 
suka2, ManisnyerCraft 
mula mengorak 
langkah.Pada peringkat 
permulaan ianya 
dijalankan secara 
offline.Sebaran dari mulut 
ke mulut amat memberangsangkan dan tak menang 
tangan untuk menyiapkan tempahan sehingga terpaksa 
menolak tempahan yang buat di saat akhir.

Alhamdulilah, sudah hampir setahun perniagaan ini masih berjalan dan mendapat permintaan yang tinggi.Yang membanggakan kebanyakan tempahan adalah dari pelanggan yang sama yang membuat tempahan berulang dan menyatakan amat berpuas hati dengan hasil kerja ManisnyerCraft.


Ramai yang berminat untuk menjadi ejen ManisnyerCraft. Kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda.


ManisnyerCraft juga mendapat tawaran dari sebuah kedai di Jasin, Melaka untuk menempatkan hasil produk kami disana. Kepada Puan Widya, kami amat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan.


Bermula tahun 2012 nie, ManisnyerCraft secara rasminya menjalankan perniagaan secara online dan berhasrat meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia.


Untuk pertanyaan sila hubungi:


ManisnyerCraft
Tel: 019-3176123 - Puan Anisah
Email: manisnyercraft@gmail.com