Membuat dan menjual Barangan kraf dari kain

FELT dan PVC *

LATAR BELAKANG



MANISNYERCRAFT


Assalamualaikum


Membuka bicara, secara amnya ManisnyerCraft menjalankan perniagaan handmade craft dari kain felt. Bermula atas permintaan anak perempuan apabila menonton rancangan berkenaan di kaca TV.


Terpesona dengan keindahan warna yang pelbagai, untuk pertama kali nya saya cuba buatkan pensil case untuk anak.Rakan2 anak yang melihat amat tertarik dengan hasilnya, lalu membuat tempahan.

                Ini le pensil case yang pertama dihasil untuk anak 
                                                      perempuan saya
Bermula dari minat dan suka2, ManisnyerCraft mula mengorak langkah.Pada peringkat permulaan ianya dijalankan secara offline.Sebaran dari mulut ke mulut amat memberangsangkan dan tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan sehingga terpaksa menolak tempahan yang buat di saat akhir.


Alhamdulilah, sudah hampir setahun perniagaan ini masih berjalan dan mendapat permintaan yang tinggi.Yang membanggakan kebanyakan tempahan adalah dari pelanggan yang sama yang membuat tempahan berulang dan menyatakan amat berpuas hati dengan hasil kerja ManisnyerCraft.


Ramai yang berminat untuk menjadi ejen ManisnyerCraft. Kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda.


ManisnyerCraft juga mendapat tawaran dari sebuah kedai di Jasin, Melaka untuk menempatkan hasil produk kami disana. Kepada Puan Widya, kami amat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan.


Bermula tahun 2012 nie, ManisnyerCraft secara rasminya menjalankan perniagaan secara online dan berhasrat meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia.


Untuk pertanyaan sila hubungi:


ManisnyerCraft
Tel: 03-31802478 - Puan Anisah
Email: manisnyercraft@gmail.com