Membuat dan menjual Barangan kraf dari kain

FELT dan PVC *

Sabtu, 28 Januari 2012



Assalamualaikum


Membuka bicara, secara amnya ManisnyerCraft menjalankan perniagaan handmade craft dari kain felt. Bermula atas permintaan anak perempuan apabila menonton rancangan berkenaan di kaca TV.


Terpesona dengan keindahan warna yang pelbagai, untuk pertama kali nya saya cuba buatkan pensil case untuk anak.Rakan2 anak yang melihat amat tertarik dengan hasilnya, lalu membuat tempahan.



Ini le pensil case yang 
pertama dihasil untuk 
anak perempuan saya


Bermula dari minat dan 
suka2, ManisnyerCraft 
mula mengorak 
langkah.Pada peringkat 
permulaan ianya 
dijalankan secara 
offline.Sebaran dari mulut 
ke mulut amat memberangsangkan dan tak menang 
tangan untuk menyiapkan tempahan sehingga terpaksa 
menolak tempahan yang buat di saat akhir.

Alhamdulilah, sudah hampir setahun perniagaan ini masih berjalan dan mendapat permintaan yang tinggi.Yang membanggakan kebanyakan tempahan adalah dari pelanggan yang sama yang membuat tempahan berulang dan menyatakan amat berpuas hati dengan hasil kerja ManisnyerCraft.


Ramai yang berminat untuk menjadi ejen ManisnyerCraft. Kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda.


ManisnyerCraft juga mendapat tawaran dari sebuah kedai di Jasin, Melaka untuk menempatkan hasil produk kami disana. Kepada Puan Widya, kami amat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan.


Bermula tahun 2012 nie, ManisnyerCraft secara rasminya menjalankan perniagaan secara online dan berhasrat meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia.


Untuk pertanyaan sila hubungi:


ManisnyerCraft
Tel: 019-3176123 - Puan Anisah
Email: manisnyercraft@gmail.com

Tiada ulasan: